Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Presiden Iran Hassan Rouhani berkata bahawa negaranya memandang penting kemerdekaan dan kestabilan politik Iraq sambil menambah bahawa Tehran akan terus bekerjasama dengan Baghdad sejajar dengan kepentingan kedua-dua negara berjiran itu.
"Kemerdekaan Iraq serta kestabilan politik, kedaulatan negara dan integriti wilayahnya sangat penting bagi kami," kata Rouhani dalam satu panggilan telefon pada Isnin dengan Perdana Menteri Iraq baru Mustafa al-Kadhimi.
Dia menambahkan bahawa Iran sentiasa berganding bahu dengan Iraq selaras dengan kepentingan kedua-dua negara sambil berkata bahawa "Kita (Iran dan Iraq) harus terus berwaspada dengan kuasa licik yang berniat jahat terhadap kepentingan Iraq dan negara-negara serantau."
Presiden Iran itu turut menekankan peri penting mewujudkan keamanan dan kestabilan di rantau ini dan berkata, "Seperti yang telah kami buktikan dalam operasi mmembasmi [kumpulan] pengganas Daesh; kami akan terus berdiri di sisi negara Iraq dan kami juga akan terus menyokong penuh pentadbiran sah di negara tersebut dalam rangka membantunya menjamin kestabilan dan pembangunan negara itu. "
11 Mei 2020 - 17:29
News ID: 1035887
Presiden Iran Hassan Rouhani berkata bahawa negaranya memandang penting kemerdekaan dan kestabilan politik Iraq sambil menambah bahawa Tehran akan terus bekerjasama dengan Baghdad sejajar dengan kepentingan kedua-dua negara berjiran itu.